Kementerian Kesihatan membekalkan sekurang-kurangnya 3,000 ubat antiviral Paxlovid sebagai persediaan merawat jemaah haji yang dijangkiti COVID-19 semasa berada di tanah suci.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata petugas perubatan akan menilai kesesuaian pesakit sebelum ubat itu diberikan kepada jemaah yang positif COVID-19.